June 19, 2009

Jalan-jalan kat Time Square




14.06.09 ( Ahad ) - Hari cuti, so aku bawak anak-anak pegi rumah pak uda dia. Emak aku ada kat sana, so dapatlah diorang jumpa ngan nenek diorang. Pastu kitorang pegi ke Time Square. Saja jalan-jalan.

Kebetulan Mazda buat promosi kereta keluaran terbaru. So banyak le kereta yg dia pamerkan kat sana. Aku pun ape lagi, posing le lebih kurang. Nak beli sendiri, tak mampu. Dapat bergambar punjadilah. Manalah tau satu hari nanti ada rezeki lebih boleh beli satu.
















anak aku pun nak posing gak. Lantak kau lah, jangan mintak ayah beli satu dah le.



Macam kereta sendiri lak rasanye.

June 02, 2009

My birthday


27.05.2009 - Hari ni genap ulang tahun kelahiran aku yg ke 33. Dah tua rasanye aku nie. Anak pun dah nak masuk 3 orang. Alhamdulillah atas segala kurnia yang telah diberikan Nya. Semoga segala yang aku miliki diberkati dan diredoi Allah. Amin.....


Kek ulang tahun kelahiran aku dan Aniza. Sebenarnya majlis ulang tahun ni diadakan pada 01.06.2009. Memang menjadi tradisi kitorang kat site ni mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran setiap staff. Dengan caratu rasanya boleh mengeratkan lagi hubungan antara setiap pekerja. 01.06.2009 adalah hari ulang tahun kelahiran Aniza ( site QS ). Memandangkan tarikh lahir aku ngan aniza nie dekat2. So kami buat majlis sekali. Jimat sikit belanja. Biasanya kitorang adakan collection untuk beli semua barang2. Tapi kali nie diorang ade yg sponser kek, air, kuih dll.


Sebelum potong kek, kenelah bergambar dulu. Tgk lah muka makcik tu, bukan main gembira lagi. Yelah ade org sambut hari jadi dia. Siap nyanyi untuk diri sendiri lagi.




Bagus juga ada org tolong potong kek. Aku tolong tgk je la. Yang tu aksen je macam potong. Mau hancur kek tu kalau aku yang potong.








Terima kasih pada semua ahli keluarga Hakikat dan Emaskami yang telah sudi meraikan birthday aku dan aniza. Terutama kepada bos aku, Ir roslan ( yg tgh baca surat khabar tu ) yang sudi sponser kek.Mahal tu kek yg en roslan beli. Secret resepi lagi tu. Buat kengkawan yg lain jgn jelos la ye. Masa korang haritu kek biasa je. Maklumlah masa tu buat colection. Beli ikut bajet yg ade je la. Masa aku & aniza nie bos belanja. hehehe....

Buat mokcik kat PESB tu, jgn lah jelos tgk kitorang. Duduk kat opis tu mana ade org nak sambut birthday. Kat site nie barulah meriah.

June 01, 2009

POLITIK & ISLAM


Artikel ini di petik dari blog Mantan Mufti Perlis. Moga mendapat manafaat darinya.

Islamkan Politik, Atau Politikkan Islam?

Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini? Bezanya adalah jika kita berusaha mengislamkan politik kita memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya. Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

Sementara mempolitikkan Islam adalah menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri. Dalam ertikata lain mengislamkan politik bererti menjadikan Islam sebagai panduan. Sementara mempolitikkan Islam bererti menjadikan Islam sebagai alat atau alasan.

Maka sesiapa yang menjadikan Islam sebagai dasar atau panduan, maka dia akan bersedia menarik balik pandangan atau tindakan sekiranya dia dapati bercanggahan dengan ajaran Islam. Adapun yang menjadikan Islam sebagai alasan dan alat, dia menggunakan Islam bagi menghalalkan tindakan politiknya sekalipun ternyata salah.

Dia bukan hendak mendengar dalil atau hujah syarak yang kukuh untuk diamalkan, sebaliknya dia mencari orang agama atau pendapat yang sanggup menghalalkan tindakannya sekalipun dia tahu itu pendapat yang diberikan untuk menyokongnya itu lemah dan tidak kukuh. Ini sama dengan golongan taksub dan pengikut mazhab fekah secara membuta tuli dengan tidak memperdulikan alasan dan hujah yang kukuh.

Sehingga al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) mengkritik mereka ini dengan katanya:

“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Usaha atau sikap, samada mengislamkan politik atau mempolitikkan Islam bukan semestinya berkaitan parti atau kumpulan tetapi lebih kepada sikap individu dalam kebanyakan hal. Jika salah satu sikap itu menjadi aliran utama dalam sesebuah parti atau kumpulan, maka itu mencerminkan kecenderungan mereka yang sebenar. Untuk berpegang dan istiqamah dengan prinsip Islam dalam mengharungi politik hari ini bukanlah mudah.

Namun, itulah yang patut dihayati oleh setiap kita. Dalam sejarah pertembungan Nabi Musa a.s dengan Fira’un, Fir’aun pernah mempertikaikan tindakan Musa a.s. memukul seorang warga Qibti sebelum beliau lari ke Madyan. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)

“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).

Inilah rasul, dia mengajar kita prinsip. Dalam suasana yang sengit, Nabi Musa tetap mengakui bahawa tindakannya memukul warga qibti itu satu kesalahan dan bukan tindakan yang berdasarkan petunjuk yang betul. Nabi Musa tidak cuba menghalalkan tindakannya demi kepentingannya, tidak sama sekali! Yang salah tetap salah.

Nabi Musa a.s. menghadapi kuasa politik yang maha besar di zamannya bahkan paling bersejarah dalam tamadun manusia. Lebih besar dari segala perjuangan hari ini. Pun begitu, prinsip tetap prinsip. Baginda bertindak memastikan manusia menurut wahyu, bukan wahyu diputarbelitkan untuk kehendak manusia.

Dalam politik kita, amat sukar kita dapati seseorang mengakui kesilapan tindakan partinya, atau tindakannya. Berbagai alasan akan dicari demi membela dirinya atau puaknya, sekalipun dia sendiri sedar itu merupakan kesilapan atau kesalahan. Ada sanggup tergadai prinsip daripada tergadai kerusi atau jawatannya. Maka jadilah apa yang jadi. Maka kita lihat lahir suasana maki hamun, cerca mencerca dan berbagai tindakan yang kadang kala di luar dari batas kewarasan dan perbincangan yang matang.

Islam bukan terlalu mengongkong politik. Politik satu bidang yang luas yang membabitkan kemaslahatan umat dan rakyat. Politik bukan satu hobi seperti main golf atau bola sepak. Politik mempertaruhkan kemaslahatan manusia. Maka tindakan dalam politik hendaklah tindakan yang membawa kemaslahatan kepada umat dan rakyat. Bukan untuk kepentingan diri dan parti.

Kemudian, perlu kita ingat, bukan semua yang berada di medan jihad itu mesti masuk syurga. Walaupun mungkin tindakannya itu kadang kala menguntungkan umat Islam, namun empunya diri jika tidak betul niat atau tindakan, atau keduanya, maka dia mungkin tidak mendapat balasan yang baik di sisi Allah sekalipun berjuang menggunakan nama Islam. Bahkan dalam hadis ada individu yang kelihatan hebat berjuang, tetapi menjadi ahli neraka.

Kata Abu Hurairah r.a:

“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam masyarakat kita, agama memang menjadi faktor penarik bagi banyak pihak. Justeru, setiap yang berjuang agama atau memperkatakan agama sebagai bahan ucapan dan tindakannya hendak bertanya diri sendiri, apakah dia memang inginkan agama, atau inginkan kuasa dengan nama agama?. Jika dia telah betulkan niatnya, dia hendaklah memastikan tindakan selaras dengan kehendak Islam, bukan menafsirkan Islam agar kelihatan selaras dengan tindakannya. Maka islamkan politik kita, jangan politikkan Islam kita

May 08, 2009

Anak-anak Ku


Salam pada semua,
Ruangan kali ni aku nak cerita pasal anak-anak ku dan kesebokan kerja aku dan isteriku. Biasalah hidup kat kl ni. Biasanya suami isteri sama-sama kene kerja bagi menampung kos sara hidup yang tinggi. Namapun keje, adekalanya dua-dua sebok. Maka selalu sangatlah kami ni makan nasi bungkus je. Bila ade masa, biasanya wife aku akan masak. Tapi kengkadang diapun penat jugak. So paham-pahamlahkan.

Tapi bila dua-dua dah sebok tambah pulak jenis aku ni malas nak tunggu lama-lama kat kedai, maka jadilah insiden nie. Ni masa wife aku kene out station kat johor. Balik pulak lambat. So aku yg kene ambik anak kat taska.( biasanya wife aku yg ambik ). Hari tu aku malas sangat nak beli nasi bungkus kat kedai.


Ikutkan hati nak aje aku masak meggi kat budak-budak ni. Diorang memang sukapun, tapi aku rasa tak berapa bagus selalu sangat makan meggi.So keluarlah idea makan burger ni. Kesian kat diorang. Makan burger je la malam nie ye....

Anak aku (nabiel) ni kuat makan. Nampak je badan kecik.Kalau makan kalahkan orang dewasa. Dia boleh habiskan nasi goreng cina sepinggan. Umur baru 4 tahun. Makan punyalah kuat. Tapi badan dia tak mau naik. Kurus je. Mungkin sebab dia ni terlalu aktif.




Kalau ada masa, kadang-kadang kene juga bawak budak-budak ni makan kat luar. Kene juga ambik hati diorang. Tambah-tambah anak aku (nabiela). Sekarang ni dah pandai komplen.Dia selalu cakap " ayah ni asyik keje... keje..keje je. Balik rumah pun buat keje lagi".


Ye lah, dia dah besar (6 tahun).Dah pandai nak komplen. Tapi apa yg ayah buat semua utk korang gak.

Masa ni kitorang makan kat restoran ikan sungai kat Desa Melawati. Kat restoran ni semua masakan dia ikan sungai. Aku ni lak memang pengemar ikan sungai. Peh tangkap leleh air hidung, makan kat sini.


Yang si nabiel ni tak suka makan ikan. Yang dia suka ayam. Tak macam kakak dia. Suka makan ikan.

walau apapun makan kat sini memang sedap. Cuma yang tak sedapnye, harga dia. Aku makan ikan baung (1/2 ekor), kulat sisir 1 mangkuk, ayam goreng 2 ketul dan air 4 gelas. Total semua rm 108.00. Mahal tu memang lah mahal. Tapi dah masuk, takkan nak keluar pulak. Lagipun sekali-sekala makan besar sikit. ok le tu. Lagipun aku memang pengemar ikan sungai. Terangkat beb, makan kat sini. Kepada sesapa yang suka makan ikan sungai, aku syorkan makan kat sini. Cuma harga je mahal banyak. sendiri mau ingat la.....

April 25, 2009

PUISI DARI MANTAN MUFTI PERLIS


April 21, 2009

Politeknik Jeli Kelantan - Rock Blasting


Seperti mana yg aku janjikan dalam blog aku yg lagi satu tu ( http://www.wfu8767.blogspot.com/ ) kini aku nak cerita pasal pengalaman aku ( 09 - 10 /04.09 ) semasa di projek politeknik Jeli Kelantan. Kerja-kerja rock blasting. Aku tak nak cerita pasal teknikal sangat sebab info tu boleh dapat dari laman-laman web yg lain. Aku lebih berminat utk berkongsi pengalaman je.

Nie gambar signboard projek. Projek Manager utk projek ni En Zulkifli Mohamed. Dia nie kira ok gak orang nye. Dia jaga 3 projek. Kira superman Hakikat Engineering S/B.



yang ni site plan projek ni.











Site office Hakikat Engineering S/B.



Pejabat Tapak JKR. RE projek ni En.Zulkifli Kila.








Sebenarnya aku bernasib baik kerana dapat peluang menimba pengalaman kerja-kerja rock blasting. Walaupun cuma satu hari je, tapi setiap pengalaman tu berharga.Masa aku sampai ke tapak projek ni pada09.04.09 salah satu mesin utk kerja-kerja drilling rosak. So kerja2 rock blasting tak dapat dijalankan. Aku terpaksa tunggu satu hari lagi sementara mesin tu dibaiki. Alhamdullillah pada 10.04.09 kerja2 blasting dapat dijalankan.


Ni adalah mesin drilling. terdapat 2 mesin yg digunakan di projek ni. Yg ni yg besar. Mesin driling ni sekali dgn compresor. So, utk kerja2 drilling senang sikit, coz tak payah nak guna additional compresor. Dia bergerak macam excavator gak.



Hok yg ni masa tgh drilling. Yg sentuh tanah tu mata dia. Kat tepi dia tu hos utk sedut habuk dari kerja2 drilling. Tu yg ade bukit2 kecil kat bawah tu. Kalau guna mesin ni kira tak berapa bnyk habuk la.




Ni pun mesin drilling gak. Yg ni kecik sikit dari yg tadi. Mesin ni kene sambung dgn compressor. Operator dia duduk kat luar. Yg mesin kat atas tadi tu, operator dia duduk kat dalam. Kira darjat tinggi sikit la yg kat atas tu. Mesin ni produce banyak habuk. Operator dia mesti pendek umur punya. Hari2 makan habuk. Dalam bahasa teknikalnya, mesin kat atas tu dipanggil Pneumatic Crawler Drill with Air Compressor dan yg kecil ni Hydraulic crawler drill.

Typical blasting and hole design is as follows:

a) Bore hole : 3 inch dia
b) Burden : 8 feet
c) Spacing : 9 feet
d) Bench height : 20 feet
e) Sub drilling : 2.5 feet
f) Stemming : 8 feet

Lubang akan di buat menggunakan mesin drilling sebesar 3 inch dia. Kedalaman lubang adalah 20 kaki. 3 kaki dari bawah akan di masukkan ubat peledah. 8 kaki berikutnya akan dimasukkan blasting agent. Baki 9 kaki akan dimasukkan earth & soft material ( stemming).



Yg ni dipanggil Emulite. Tapi kat site diorang panggil 'belacan'


Yang ni pula dipanggil Electric Detonator. Contractor yg buat kerja blasting ni ambik kedua-dua barang ni dari Kuari yg berhampiran. Org yg ada lesen je yg boleh beli barang ni. Sebenarnya ni le barang peledak tu. Barang ni sensitif pada kilat, air dan hentakan. Kira orang yg kerja dgn benda ni berhadapan dgn risiko maut la. Diorang paling takut dgn apa yg dipanggil ' petir kering'. 'Petir kering' ni istilah bagi keadaan petir yg datang waktu tiada tanda nak hujan. Petir boleh memberi cas pada bahan letupan ni. sebab tu dia bahaya. Untuk ambil barang-barang ni perlu dlm pengawasan pihak polis. Polis akan ikut contractor ambil barang ni dari kuari sampai ke site. Kerja2 blasting perlu mendapatkan kebenaran dari pihak polis. Setiap kali blasting kene inform pada polis. Permit yg telah diberikan pada pihak contractor pada 12.00 pm - 1.00 pm dan 3.00 pm - 3.30 pm. Pada waktu ni semua aktivity di site perlu di hentikan. Kerana itu waktu blasting adalah pada waktu rehat supaya keadaan site lebih mudah di kawal.



Yg ni pula Ammonium Nitrate. Kat site ni diorang panggil ' baja'. Rasanya ramai antara kita yg biasa tengok benda ni.







Mula2 electric detonator akan dicucuk kepada emulite. Cable yg ada pada electric detonator akan disambung kepada cable yg lebih panjang dan dimasukkan kedua-duanya ke dlm lubang. Lubang perlu dipastikan kering. Kemudian dimasukkan ammonium nitrate. Akhir sekali lubang perlu dipenuhkan dgn tanah atau soft material. Ini bagi mendapatkan letupan yg cukup kuat ( diperlukan) dan bagi mengelakkan batu gy diletupkan terpelanting jauh.



Bagi lubang yg berair, ammonium nitrate akan dimasukkan ke dalam plastik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam lubang. Ini kerana ammonium nitrate akan bertindak balas dgn air dan menyebabkan ianya mencair.



Kayu digunakan bagi menolak ammonium nitrate dan tanah kedalam lubang.







Selepas kesemua lubang siap diisi dgn electric detonator, emulite, ammonium nitrate dan soft material, setiap cable dari setiap lubang perlu disambung. Selepas kerja2 penyambungan cable, ianya perlu diperiksa dgn menggunakan alat disebelah. Aku lupa nak tanya apa nama alat tu.


Selepas semuanya telah diperiksa, kerja-kerja letupan akan dijalankan. Kat sebelah ni adalah alat yg digunakan.





Sebelum kerja2 blasting, pihak contractor perlu pastikan tiada orang berada di kawasan letupan. Siren akan dibunyikan bagi memberi amaran kepada pekerja di site bahawa kerja2 blasting akan dijalankan.



Ni adalah gambar selepas blasting. Tamat....








Sesiapa yg ada pengalaman dlm rock blasting, dan rasa apa yg aku tulis ni ade kesilapan sila berikan komen anda. Semoga kita boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

April 19, 2009

Jom kenali aku


Pada pembaca yg tidak mengenali aku, nama aku azmir bin md zain. Aku dilahirkan di Kg Sungai Kerawai, Teluk Intan Perak. Bersekolah di Sek Keb Sg Kerawai ( sek rendah ). Pastu sekolah menengah di Sek Men Seri Perak Teluk Intan hingga SPM.

Keputusan SPM aku tak berapa bagus, so aku terpaksa buat kursus persediaan sebelum masuk ke U. Aku di tempatkan di kampus UiTM jengka selama 1 tahun untuk kursus Pra Sains. Sebab keputusan aku cemerlang utk 6 bulan pertama, aku cuma ikuti kursus ni 6 bulan sahaja.

Lepastu aku terus melanjutkan pelajaran ke UiTM kampus Shah Alam. Aku ambil kursus Diploma Kejuruteraan awam. Habis diploma, aku terus sambung buat degree. Cuma masa tu aku dalam delima. Mau sambung belajar atau cari keje. Keluarga aku bukannye org senang. Kalau dapat bantu keluarga bagus gak. Itu yg aku pikir masa tu. Tapi kalau tak dapat keje macam mana.

Lepas berfikir panjang, dgn mengambil kira faktor kegawatan ekonomi waktu tu ( 1998 ), aku buat keputusan untuk register ambil degree. Lepas aku register, aku ambil cuti satu semester. Aku cari keje. Kalau tak dapat keje pun, sekurang-kurangnya aku dah ada tempat utk sambung belajar. Cuma rugi satu semester je. Lagipun masa tu pinjaman JPA pun tak dapat lagi. Kalau nak belajar pun sakit gak.

Masa aku hantar surat mintak cuti tu satu semester, aku kira gamble je. Permohonan aku tak lulus lagi, aku dah tak dtg kuliah. Sebok cari keje. Nasib baik la permohonan aku lulus. alhamdulillah.....

Dalam dok cari keje tu, aku dapat le jadi supervisor kat satu syarikat ( lupa lak nama company tu ). Company tu kecik je. Tak ada staff lain. aku ngan bos je. Pastu ade sorang budak praktikal.Buat projek kat Putrajaya. Masa tu aku memang pening. Dah le baru habis belajar, keje lak takde org yg boleh dirujuk. Nak pandai-pandai sendiri pengalaman lak takde. Kang runtuh lak bangunan. Bos lak selalu keluar. Nie tak boleh jadi ni. Aku buat keputusan cabut je dari company ni. Aku keje tak sampai seminggu kat situ.

Pikir-pikir baik aku sambung belajar balik. Masa tu aku dah tertinggal satu semester dari kengkawan aku. Aku semester satu diorang dah semester dua. Boring betul aku. Untuk sama dgn diorang, aku ambik subject tambahan. Masa semester satu, aku dah belasah ambik subject semester dua. Tapi tak semua la. Satu atau dua subject je. Nak mampus ambik semua. Kalau normal setiap pelajar akan ambik 20 credit hour, aku akan ambik sampai 25 -27 credit hour. Harap-harap boleh graduat sama dgn budak-budak aku.

Rupa-rupanya tak sempat gak. Aku tak dapat nak habiskan sama dgn diorang. Tapi masa tu aku cuma tinggal 2 subject je. Seminggu cuma datang kelas 2 hari je. Kira berbaloi gak usaha aku tu. Walaupun aku tak lulus dgn cemerlang. Tapi aku takpernah fail paper. Paling-paling tidakpun cukup-cukup makan je.

Dalam semester akhir tu aku dah start keje. Maklumlah seminggu cuma 2 hari je pegi kelas. Boring kalau takde buat apa2. Masa tu aku keje kat bangi ngan NORWEST HOLDING S/B. Kat sini aku banyak belajar tentang projek site. Terima kasih pada semua member kat projek ILKAP Bangi. Terutama En Isa, Mat pet, Wong, Azhar ( allahyarham) & 3M.

Dah 8 tahun aku bekerja dlm bidang ni. Sekarang aku bekerja di Hakikat Engineering Sdn Bhd. Dah dua tahun aku bersama dgn company ni. Kira ok le. Aku pun bukannye suka tukar-tukar keje. Harap-harap semuanya akan sentiasa baik. Moga rezeki kian bertambah dan diberkati Allah. Amin....
 

DIAMOND BAY Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008